Pelawat

Friday, June 17, 2011

Pengenalan

Pendahuluan

Alhamdulillah dan syukur yang tidak terhingga kepada Ilahi kerana kami dapat menyempurnakan blog pengajaran dan pembelajaran ini di atas nama "Blog Prasekolah U".

Terimakasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Blog Prasekolah U ini.Termasuk yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.Juga kepada Pensyarah kami DR Azidah Binti Ziden  yang telah mencetuskan idea dalam pembinaaan blog pengajaran dan pembelajaran ini.


Konsep

Kami memilih untuk membina blog prasekolah memandangkan mereka adalah golongan yang pertama mesti diutamakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga termasuk dalam SUB-NKRA negara agar lebih ramai murid yang mendapat peluang belajar dan seterusnya menguasai kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul.

Blog ini memaparkan kaedah pengajaran prasekolah menggunakan video, slide dan kuiz ringkas bagi mengukur tahap kefahaman murid.Selain itu permainan interaktif dari laman sesawang yang lain boleh dilayari. Kami berharap ia boleh dijadikan contoh dan di buat penambahbaikan pada masa akan datang.

Tema

Tema haiwan dipilih kerana ia lebih dekat dengan murid prasekolah dan senang dipelajari.Dengan memaparkan video sebenar kami harap murid akan mudah memahami ciri-ciri dan sifat haiwan ketika pengajaran dijalankan.




click to create your own
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...